Akademi Tahfiz Ar Razali merupakan sebuah institusi Pendidikan yang berteraskan Al-Quran dimana ianya telah dibangunkan secara rasmi bermula pada 28 Februari 2021.
Sehingga kini, Akademi Tahfiz Ar Razali telah berjaya membina sebuah surau sebagai ASAS untuk menghidupkan kelas-kelas Al-Quran, Pengajian Kitab, Solat 5 Waktu yang mana ianya boleh memuatkan sekitar 300 orang dalam satu masa dan juga sebuah kantin sebagai tempat penyediaan makanan dan tempat makan.
Kini, Akademi Tahfiz Ar Razali sedang mengorak langkah setapak ke hadapan iaitu akan memulakan pembinaan infrastruktur bagi FASA 2 iaitu ASRAMA (1 TINGKAT) & KOLAH SURAU.
Kos Perbelanjaan bagi pembinaan FASA 2 memerlukan dana sekurang-kurangnya sebanyak RM400,000.00.
Terima kasih kepada semua penginfaq dan semoga segala sumbangan yang diberikan akan diganjarkan ganjaran yang sebaiknya di dunia dan akhirat, aaminn….